KISAH WIRA BERHENTI MEROKOK
Mereka berjaya dan anda juga boleh. Baca kisah inspirasi dari mereka yang telah berjaya berhenti merokok.

Encik Choong
Encik Choong, seorang perokok tegar selama lebih 30 tahun, akhirnya membuat keputusan untuk berhenti merokok selepas mendapat sokongan daripada pasukan mQuit di Klinik Kesihatan Simee, Perak.
Beliau merancang percutian ke Australia dan menjadikannya sebagai motivasi utama untuk berhenti merokok. Encik Choong menetapkan tanda larangan merokok sebagai wallpaper telefon beliau sebagai peringatan harian.
Dengan sokongan berterusan daripada Dr. Rozianita dan Ahli Farmasi Puan Shobashen, Encik Choong berjaya berhenti merokok sepenuhnya.
Kini, beliau bukan sahaja menikmati kesihatan yang lebih baik, malah turut menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk turut berhenti merokok.
Kisah Encik Choong membuktikan bahawa dengan sokongan yang betul dan motivasi yang kuat, sesiapa sahaja boleh berjaya berhenti merokok.